Monday, May 2, 2011

Mengenang Allahyarham Zainal Aznam Yusof

Tidak banyak perkara yang menarik sorotan teropong minda PZ sepanjang minggu akhir April yang baharu berlalu. Sebagaimana biasa, warna semasa tanah air dicorakkan berita-berita politik, sengketa dan retorik, saban hari dan setiap ketika. Mungkin kerana telah terlalu dibiasakan dengan persembahan berita dan isu seumpama itu, maka orientasi pemikiran segelintir rakyat di negara ini cenderung mengarah kepada sesuatu yang sensasi, dan diburukkan lagi dengan analisa yang emosional dan konklusi yang dangkal.

Hari ketiga puluh bulan April tahun 2011 dimulakan dengan berita kembalinya Datuk Dr. Zainal Aznam Yusof ke rahmatullah. Dikenali sebagai seorang penganalisis ekonomi yang berwibawa, Allahyarham merupakan salah seorang ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, selain pernah menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia. PZ( tidaklah berhasrat untuk menyingkap riwayat hidup Allahyarham, tetapi sekadar ingin mengajak teman-teman untuk menginsafi bahawa negara kini kehilangan seorang lagi tokoh yang punya keberanian untuk menyuarakan mindanya (speak his mind) tanpa takut atau memihak (without fear or favour) demi kepentingan negara.

Pastinya kita mengingati bagaimana Allahyarham dikritik dengan hebatnya oleh kalangan-kalangan tertentu ketika beliau mempersoalkan pelantikan tokoh kontroversi yang juga bekas Menteri Kabinet dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA yang baharu menggantikan Tan Sri Dato' Dr. Yusof Noor. Sebagai seorang ahli ekonomi yang cendekia dan bijaksana, PZ percaya bahawa pandangan kritis Allahyarham terhadap kerajaan ekoran pelantikan Tan Sri Mohd Isa itu semata-mata bersandarkan hujah akademik dan penilaiannya terhadap tata kelola korporat (corporate governance) yang baik, tanpa sebarang pengaruh dan sentimen politik kepartian.

PZ menyebut sebentar tadi bahawa segelintir rakyat kita gemar membuat analisa emosional dan konklusi dangkal dek terbiasa oleh pendekatan sensasi media yang rendah wibawa akademiknya. Pelbagai tohmahan dilontarkan kepada Allahyarham, terutamanya daripada kelompok yang punya kepentingan politik. Dalam konteks ini, PZ seperti juga Allahyarham, teguh berpandangan bahawa sesebuah organisasi korporat atau entiti perniagaan perlu bebas dari pengaruh politik bagi membolehkannya maju ke hadapan. Biarkan yang ahli dan pakar mengurus dan merancang, dan biarlah ahli-ahli politik berada di tempat mereka yang sepatutnya, berbicara tentang polisi dan menggubal dasar yang baik untuk dilaksanakan.

Malaysia memerlukan ramai lagi tokoh seperti Allahyarham. Kita mempunyai ramai sekali tokoh politik dan ahli retorik, namun kita kurang sekali tokoh non-partisan seperti Allahyarham, yang mendahulukan kesarjanaan dan kebijaksanaan dan membebaskan dirinya daripada terikat untuk kritis terhadap yang memerintah atau yang membangkang. Sayang sekali di Malaysia, seringkali mereka yang berbicara melawan arus terus dilabel sebagai pro-pembangkang!

Semoga roh Allahyarham dicucuri setinggi-tinggi rahmat oleh Allah Ta'ala dan ditempatkan bersama-sama hamba-Nya yang bertaqwa. Al-Fatihah...

2 comments:

Anonymous said...

peringatan yang baik buat seorang yang berjasa dan jujur. Tapi sayangnya tiada satu perkataan pun terkeluar dari mulut Perdana Menteri kita diatas pemergian Allayarham..
Segala jasa-jasa allayarham yang terlalu ingin membantu bangsa kita - Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya agar menjadi bangsa yang maju bukan lagi dalam kemiskinan hanya tinggal ayat-ayat yang tersimpan didalam pembentangan kertas kerjanya. Niat baik allahyarham disalah ertikan oleh bangsa Melayu sendiri. Setiap patah perkataan allayarham berdasarkan penilaian, kajian dan kejujuran hanya untuk Malaysia. Malaysia adalah milik semua bangsa. Bila adanya pembahagian kaum, kita bukannya Malaysia tapi Melayu Malaysia, Cina Malaysia, India Malaysia dan seterusnya. Seharusnya sebagai pemimpin Islam, kita memikul satu tanggungjawab yang besar..berlaku adil dalam setiap perkara tanpa mengira darjat, bangsa dan ugama. Saya tidak hanya berkata tugas perdana menteri tetapi kepada sesiapa jua termasuklah diri saya.

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI