Meletakkan sebentar titik noktah dan beristirehat sepenuhnya dari tugasan di hujung minggu. Satu perkara yang jarang-jarang sekali PZ lakukan. Lazimnya hujung minggu PZ padat terisi dengan pelbagai urusan, aktiviti dan tugasan. Bukan sekali, malah telah beberapa kali diri ini ditegur, dan ada yang pernah bermasam muka dengan PZ kerana terlalu mengutamakan tugasan hingga mengabaikan kebajikan sendiri.
PZ akur dan memahami kekhuatiran beberapa teman rapat tersebut. Obsesi pada kerja kadang-kadang menambahkan lagi stres dan tekanan, yang akhirnya akan melarat kepada kemerosotan kesihatan tubuh badan. Ya, melihat keadaan diri PZ kini, kenyataan itu memang amat berasas. Penguncupan berat badan hampir 20 kilogram dalam tempoh beberapa bulan lepas melemparkan petanda kesihatan yang tidak menentu. Hilang selera makan, sukar melelapkan mata walaupun letih dan tekanan darah yang rendah silih berganti hadir di celah rutin PZ yang sentiasa sibuk.
Justeru, hujung minggu yang baharu berlalu diisi dengan kembara PZ ke Melaka dan Bandar Baru Bangi. Semalaman menziarahi keluarga kakak sulung PZ di Jasin dan semalaman lagi duduk bersembang bersama teman-teman lama di Bangi. Terasa nikmatnya istirehat kali kerana dapat lari sejenak dari timbunan tugasan yang menghambat. Bersua wajah dengan teman-teman yang lama tidak ditemui, PZ diasak dengan soalan yang memang telah dijangka, "kenapa kurus sangat bro?". PZ hanya mampu diam dan tersenyum tawar.
Menghadapi Majlis Konvokesyen Ke-5 UMP yang akan membuka tirai pada 9 Oktober, tidak sedikit tugasan yang menanti. Saat-saat pada minggu akhir ini ternyata begitu kritikal, terutamanya bagi PZ yang bertanggungjawab terhadap penyediaan teks-teks ucapan dan Titah Diraja. Pembetulan dan suntingan terhadap draf-draf yang telah disediakan bisa sahaja timbul pada detik-detik akhir, lantas menuntut tahap kesiap-siagaan yang tinggi.
Dengan minda yang letih, tubuh yang lesu, kesihatan yang merosot dan stamina yang tidak menentu, senario ini merupakan cabaran besar buat PZ. Walaupun ini bukanlah kali pertama menghadapi persediaan untuk Majlis Konvokesyen, namun situasi semasa PZ kala ini menyebabkan warna suasana kali ini sedikit berbeza dari masa sebelumnya. Kadang-kadang, terasa sahaja mahu berputus-asa atas kekecewaan dan kehampaan yang dideritai, namun Alhamdulillah, setakat ini kesabaran masih lagi berbekas untuk menyuluh kembara PZ seterusnya.
Ya, walaubagaimana perit sekali pun, PZ insaf dengan sumpah dan akujanji sebagai seorang penjawat awam, kepentingan negara dan kerajaan hendaklah mengatasi kepentingan peribadi. PZ akur!

No comments:
Post a Comment