Chamaeleonidae - ciptaan Ilahi untuk direnung dan ditimba iktibarnya.
Jangan pula kita berwatak sesumpah dalam hidup hanya untuk menjaga kepentingan sendiri.
(Foto dipetik dari wikipedia)
1:04 minit tengah hari. Kereta kerdil PZ direhatkan seketika di laman parkir Masjid Jame' Bukit Sekilau di pinggir Bandar Kuantan. Hangat tengah hari 15 Februari sedikit menyengat, lantas enjin kereta terus dihidupkan bagi mendapatkan hembusan dingin alat penyaman udara sementara menanti tibanya seorang teman PZ. Dalam luang ruang waktu itu PZ lebarkan perhatian ke sekeliling laman parkir. Sunyi sepi. Sebuah Perodua Viva putih pegun di tengah laman parkir menadah bahang suria, manakala di satu sudut lagi, sebuah lori ais menumpang rimbun pohon di tepi pagar sambil pemandunya berehat di bangku kecil, barangkali menanti azan fardhu Zuhur.
Leka dengan kekakuan suasana tersebut, tiba-tiba lensa mata PZ terhenti di dahan palma bersebelahan petak parkir kereta kerdil PZ. Besar kecil mata rabun PZ dilaraskan untuk mengamati objek di sebelah, berubah-ubah warnanya menurut suasana. Ya, seekor sesumpah! 29 tahun hayat PZ, inilah antara beberapa kali yang tidak berapa banyak PZ dapat melihat makhluk Allah yang unik ini. Nampaknya sang sesumpah di depan mata PZ ini sedang asyik mencari habuan tengah harinya. Berlegar-legar ia di dahan pohon palma yang sedang lebat berbunga, dengan samaran warna tubuhnya, memamah kumbang yang menghirup madu si bunga palma. Dalam kelekaan PZ memerhati lagak sang sesumpah, telefon bimbit berdering, si teman telah tiba dan sang sesumpah PZ tinggalkan di pohon palma. Walau sebentar cuma masanya, lagak sang sesumpah tadi menerbangkan ilham ke kotak fikir PZ untuk mengukir entri kali ini.
Segala apa yang dibentuk, direka dan dijadikan oleh Maha Pencipta adalah untuk ditaakul dan ditekuni olej kita selaku hamba-Nya. Seingat-ingat PZ, ada satu ayat dalam al-Qur'an mengenai perkara ini, bahawa segala apa yang ada di langit dan di bumi adalah untuk difikir dan diambil pengajaran daripadanya. Nah, lihat sahaja apa yang bisa diinsafi daripada unik kejadian seekor sesumpah, belum lagi kita dalami hikmah penciptaan makhluk-makhluk lain atau iktibar kejadian alam. "Ada mata pandang, ada mulut cakap, ada telinga dengar..." teringat PZ kepada lirik lagu Yang Remeh dan Yang Temeh dendangan penyanyi Pak Pandir sekitar tahun 1992, kala PZ berada di tahun 6 sekolah rendah.
Bercakap tentang sesumpah, haiwan reptilia berdarah sejuk ini tergolong dalam keluarga cicak. Boleh ditemui dalam 160 spesis yang berbeza, haiwan ini bersemenda hampir di setiap benua. Sesumpah boleh dijumpai dalam saiz kecil dan sederhana di belantara tropika, padang pasir, savanna dan lain-lain. Sifatnya yang paling kita kenali ialah keupayaan tubuhnya untuk berubah warna mengikut keadaan persekitaran. Kelebihan besar ini tidak Allah Taala kurniakan kepada haiwan yang jauh lebih besar seperti harimau atau gajah, tetapi kepada sesumpah yang berpuluh kali jauh lebih kerdil dari si harimau dan sang gajah. Semuanya dalam ilmu Allah Taala yang boleh kita tekuni dan insafi.
Keunikan sesumpah yang boleh berubah warna inilah yang sering menyebabkannya dijadikan kias ibarat dalam masyarakat kita untuk merujuk kepada individu yang tidak tetap pendirian. Dalam hal ini, PZ ingin melebarkan lagi kias ibarat itu untuk meliputi individu-individu malang yang sama ada disedari atau tidak, tergolong dalam spesis oportunis, talam dua muka dan takut menghadapi risiko.
Menarik sekali kan, sesumpah mengubah warna tubuhnya sebagai samaran untuk memerangkap bakal habuan perutnya tanpa disedari si mangsa. Diterjemahkan pula kepada alam manusia, individu berstatus 'sesumpah' cuba menempatkan dirinya di setiap kumpulan dan kelompok, berbicara seolahnya senada dalam satu suara, tapi cepat-cepat pula menukar irama apabila berada dalam kelompok yang berbeza. Analisa umum PZ mendapati bahawa individu berwatak 'sesumpah' ini lazimnya terdiri daripada mereka yang ingin mencari atau mengekalkan populariti, "tunjuk baik", atau dalam banyak situasi, mencari laba peribadi demi kepentingan politik sendiri (politik di sini bisa merujuk politik partisan, politik pejabat atau politik kelompok), termasuklah MENGAMPU!
Lebih menarik lagi, manusia-manusia yang menerima sumpahan 'kenan sesumpah' ini banyak berselerak dalam masyarakat. Tetapi waspada! Amat mendukacitakan apabila sumpahan-sumpahan sesumpah ini mula membiak dalam kampus; asalnya tidak ramai, cuma dalam kalangan segelintir jentera pentadbiran, dan mutakhir ini sumpahan ini terkena pula anak-anak muda yang sepatutnya menjadi cendekiawan muda, tetapi tersasar arah dan menukar spesis menjadi sesumpah.
Individu-individu sesumpah ini merasakan diri mereka licik dan pandai, tapi siapalah mereka dibandingkan kebijaksanaan Allah Yang Maha Kuasa. Sepanjang hampir enam tahun perkhidmatan PZ, banyak sudah individu sesumpah ini PZ temui, dan dengan mudah lagak dan permainan mereka dapat dihidu, kerana lazimnya individu malang ini terlalu bermuka-muka dan over-expressed. Justeru, PZ lebih selesa sendiri, tidak perlu bernaung dalam mana-mana kelompok atau kem, kerana sesumpah-sesumpah ini ada di mana-mana. Jika dilayan, buruk padahnya. Lain yang kita ceritakan, lain pula yang sampai ke sebelah sana.
Jika diamat-amati, individu sesumpah ini selalunya ingin play safe supaya kepentingan dirinya tidak terjejas. Pernah PZ saksikan sendiri, bagaimana individu sesumpah ini sanggup mencederakan imej dan reputasi orang lain hanya untuk memelihara kedudukannya. Dengan manis muka dan lagak tawaddu', individu ini mungkin mendekati kita untuk menggali cerita, dan apabila berada di kelompok berbeza pula, kepoh kecoh bicaranya ibarat burung unta yang gagal bertelur. Sang sesumpah ini bijak mengatur strategi, menjaja cerita di kelompok sana, membawa cerita lain di kumpulan sini, menuang najis fitnah dan memburukkan orang lain di hadapan pimpinan organisasi dan bermacam lagi. Berhati-hatilah wahai teman-teman, memang kita dianjurkan berbuat baik dengan semua orang, tetapi pada masa yang sama kita dikurniakan akal oleh Allah Taala untuk membuat penilaian dengan panduan-Nya.
Lebih hebat lagi jika didalami, individu sesumpah ini bertenggek senang hampir di setiap peringkat, jentera pentadbiran, jentera sokongan, pimpinan pelajar, dan pelajar biasa. Bukan calang-calang juga, ada yang tergolong dalam kumpulan overseas graduates, ulat buku dan alim-alim kucing. Ibarat pelakon bangsawan yang boleh membawa aneka peranan, demikian jugalah watak individu sesumpah ini.
Rumusan PZ amat mudah. Individu berspesis sesumpah ini sebenarnya takut menghadapi realiti dan gusar dengan bayang-bayang sendiri. Kerana wujud kepentingan peribadi yang hendak dijaga, integriti dan maruah organisasi ditolak ke tepi. Akhirnya, walaupun telah lapan tahun kampus ini wujud (16 Februari 2010 adalah ulang tahun pengasasan UMP ke-8), sikap, sifat dan paradigma segelintir warganya tetap sama. Paling menakutkan, gejala individu sesumpah ini mungkin sampai ke tahap kebenaran tiada lagi berani disuarakan, yang banyak adalah cakap dan tikam belakang, mengadu domba dan berebutkan kuasa dan jawatan dunia yang hanya sementara. Perjalanan Universiti ini masih jauh dan menara kesarjanaan ini perlu dipelihara daripada buruk wajah si sesumpah.
Teman-teman, berhati-hatilah, jadilah dirimu sendiri, tidak perlu terikut-ikut dan meniru-niru gaya lagak orang lain, apatah lagi si sesumpah. Harapkan pandangan-Nya, bukan pandangan manusia biasa.

1 comment:
Sangat bermotivasi post kali ni.Anyway abg wan,thanks for ur advice and idea during my visit to ur office last Monday. :)
Post a Comment