Apa yang dikejar di laluan ini?
Rakaman lensa PZ di Jalan Sungai Koyan - Ringlet. November 2008.
Mengejar hari. Itu gambaran tepat tentang kehidupan PZ mutakhir ni. Sisa baki hari dihitung dengan debaran yang tidak berkesudahan. Minda PZ diketuk-ketuk dengan pernyataan my life is not gonna be the same again after this. Ya, realiti yang perlu PZ relakan dan kerelaan itu hadir dengan pengorbanan yang tidak sedikit. Kotak fikir PZ dihambat dengan persoalan-persoalan mengenai masalah penyesuaian, adjustment, gaya hidup, tanggungjawab dan seumpamanya. Hanya Tuhan yang mengerti perasaan PZ kala ini...Rakaman lensa PZ di Jalan Sungai Koyan - Ringlet. November 2008.
Marathon. Mengejar masa. Dua perkara yang saling berkaitan. Marathon, perlumbaan di laluan yang panjang dan demikianlah PZ sedang bermarathon yang bakal memasuki fasa baru selepas ini. Apa agaknya yang dikejar dalam hidup kita? Wang? Pangkat? Kuasa? Pujian?
Memang seronok apabila punya wang yang banyak, tetapi apakah pemburuan wang tersebut seimbang dengan makanan rohani dan ketenteraman jiwa? Bertambah seronok lagi apabila punya pangkat yang besar. Orang lain sentiasa memandang tinggi kepada kita, namun takut juga jika kebesaran pangkat itu menyebabkan kita jadi riak dan takabur. Bertambah besar diri jika punya kuasa yang tiada batasan. Seolah-olah dunia milik kita dan dengan kuasa yang ada maruah dan harga diri orang lain boleh dibeli. Apakah itu yang kita mahu? Pujian memang diharapkan, ada orang menganggapnya sebagai sumber motivasi diri, namun dalam banyak hal pujian itu adalah pembunuh senyap yang meratah keikhlasan hati dengan ujub diroi.
Sepanjang 29 tahun marathon di medan ini, PZ masih mencari identiti dan jatidiri hakiki. Marathon yang cukup panjang dan laluannya masih terbentang untuk PZ terokai. Apa yang pasti, di sebalik pencarian identiti dan jatidiri, PZ mengharapkan kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Apa yang PZ akan hadapi tidak lama lagi ini, Insya-Allah bakal menghiasi laluan marathon PZ selepas ini.
Catatan pendek PZ buat pagi ini. Baru kembali dari perjalanan ke rumah kakak sulung PZ di Jasin, Melaka. Jam 12.30 tengah hari 13 September PZ bertolak dari teratak kediaman, dan tepat 12 jam berikutnya PZ kembali semula, memang marathon kan? Pagi nanti selepas Subuh kena bertolak ke tempat kerja lak...
No comments:
Post a Comment