Saturday, August 29, 2009

Perantau Zaman kembali...



8 Ramadhan 1430...Lebih seminggu Ramadhan kali ini dilewati. Perantau Zaman (PZ) kembali setelah setahun menyepi. Kesibukan, keletihan dan ketiadaan masa - alasan-alasan lazim untuk lari dari mengakui sesuatu hakikat.

Setahun menyendiri, PZ meneropong semula diri. Seorang teman menghulur nasihat ikhlas: "Kenapa perlu jadi terlalu pemendam? Nanti mudah pula jadi pendendam." PZ termenung panjang dan mengambil masa yang lama untuk menjiwai maksud nasihat teman itu.

Setahun yang lepas menyaksikan jatuh bangun PZ dalam kehidupan dan kerjaya. 2008 memang tahun yang cukup perit buat PZ. Episod hitam peribadi bulan Januari 2008 dan seterusnya kegawatan kerjaya bulan Mei 2008 sehingga kini berbekas sebagai parut yang menandai perjalanan PZ sebagai seorang insan biasa. 2008 dapat juga digagahi dicelah kesulitan...terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa di sisi, especially my students.

2009 setakat ini adalah tahun pemulihan buat PZ, ibarat Age of Reconstruction selepas tamatnya American Civil War pada tahun 1865. Tiada yang lebih bermakna melainkan ungkapan Alhamdulillah...keperitan sepanjang 2008 ternyata mendalam sekali hikmahnya.

Ramadhan kali ini amat bermakna buat PZ. Masa yang masih berbaki hingga 14 Syawal akan datang juga adalah tempoh yang paling bererti buat PZ yang akan menamatkan salah satu fasa penting selepas 29 tahun dilahirkan.

Detik dan ketika yang penuh erti dan makna ini ingin PZ kongsi dengan teman-teman lain. Atas semangat itu PZ kembali semula, Insya-Allah dengan citra dan jiwa baharu serta jenamanya yang tersendiri. Moga dipermudahkan...

No comments: