Saturday, August 29, 2009

Apabila adik beradik berkumpul

Teratak PZ
di 2065, Kampung Ketapang Tengah, 26600 Pekan, Pahang.
Dibina pada tahun 1960 dan mempunyai tujuh bilik.
Kini hanya PZ dan abah saja yang mendiami teratak ini.
Jarang sekali rumah PZ diserikan dengan kehadiran sanak saudara dan tamu yang ramai. Ada juga masanya my students datang bertandang jika mereka berkelapangan. Masa arwah bonda ada dulu, macam-macam, lauk yang sedap dimasak kalau my students datang. My ex-students macam Jaro, Amir Ashraf, Iza Shahida dan lain-lain mesti teringat balik masakan arwah bonda PZ jika terbaca entri ni.
Semuanya seolah berubah selepas kematian arwah bonda, Hajah Nor Aizan binti Mohd Saman tanggal 19 November 2006. Jika dikenang-kenang, betapa ceria dan berserinya teratak sunyi ini tatkala arwah bonda masih hidup. Kini adik beradik PZ bawa haluan masing-masing dan seronok juga dapat sekali-sekala bersua muka.
PZ ada enam adik beradik. Nombor satu dan dua kakak, nombor tiga abang, nombor empat PZ, nombor lima adik perempuan dan nombor enam adik lelaki. Umur kakak sulung 41 tahun dan adik bongsu 20 tahun. Memang jarak usia kami adik beradik memang jauh. PZ pun seronok dapat jadi anak bongsu sampai umur enam tahun.
Semua adik beradik PZ tinggal di luar Pahang, cuma PZ yang bekerja dan menetap di Pahang (setakat tarikh ini). Hari ni yang nombor 3, 5 dan 6 balik, jadi rasa sedikit terhibur hati PZ yang dah seminggu berbuka puasa seorang diri di rumah (abah PZ ifthar di masjid dengan jemaah dia).
Cepatnya masa berlalu kan? Kadang-kadang PZ pun termenung, alahai dah 29 tahun umur aku. 29 tahun PZ tinggal di teratak yang penuh kenangan ni dan ada beberapa peristiwa yang masih segar dalam ingatan PZ, walaupun ia berlaku lebih 20 tahun lalu.
Alhamdulillah, buat dua hari ni, PZ dapatlah bergurau senda dengan anak-anak saudara yang nakal-nakal tu. Selepas 31 Ogos, PZ mengelamun panjang semula la...kena buat-buat sibuk dengan kerja. :)

No comments: